MBSA buka permohonan permit bazar Ramadan mulai hari ini

2 Dec 2024 • 1:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 2 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka permohonan permit bazar Ramadan 2025 di 26 lokasi mulai hari ini hingga 15 Disember.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan permohonan dibuka secara dalam talian melalui sistem, aplikasi e-Penjaja MBSA atau imbas kod QR di poster.

Menurut MBSA, selepas tamat tempoh permohonan, ujian pengendalian bazar Ramadan 2025 dan pembayaran akan dilaksanakan bermula 23 hingga 29 November.

Penyerahan kit rasmi dan permit bazar Ramadan pula akan dibuat pada 12 Februari tahun depan bagi permohonan layak.

“Sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-5510 5133 sambungan 1762/ 1486/ 1699/ 1317/1366,” katanya di Facebook.

image is not available
image is not available