MBSA kompaun restoran simen sebahagian pili bomba

24 Jun 2022 • 4:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 24 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengenakan kompaun ke atas sebuah restoran yang membuat pengubahsuaian sehingga sebahagian pili bomba tertanam di dalam simen kaki lima.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata hasil pemantauan mendapati restoran yang terletak di Seksyen 13 di sini membuat penyambungan kaki lima premis berkenaan.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, pihak bomba turut berada di lokasi dan mengeluarkan notis kompaun ke atas pemilik restoran.

“MBSA telah mengeluarkan satu kompaun dan satu notis halangan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta 133,” tulisnya di Facebook.

Terdahulu tular di media sosial mengenai sebuah restoran membuat penyambungan kaki lima sehingga sebahagian pili bomba tertanam di dalam simen premis terbabit.

Rata-rata pengguna laman sosial menyelar tindakan itu dan meminta pihak berkuasa meroboh binaan tersebut yang dibimbangi membahayakan pelanggan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved