MBSA mula tunda kereta terbiar tahun depan

LocalCars
9 Dec 2025 • 6:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MBSA akan menguatkuasakan tindakan menunda kenderaan terbiar.

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan memulakan tindakan menunda kenderaan terbiar dengan tumpuan kepada kereta yang ditinggalkan bengkel di petak parkir awam bermula tahun depan.

Memetik laporan The Star, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim dilaporkan berkata, banyak kenderaan terbiar dikesan ditinggalkan pemilik atau diletakkan bengkel termasuk kereta pelanggan yang rosak di petak parkir awam yang sepatutnya digunakan premis perniagaan lain.

"Kebiasaannya bengkel meletakkan kereta rosak di petak parkir yang dikhaskan untuk kedai bersebelahan," katanya pada Mesyuarat Penuh MBSA di Wisma MBSA.

Beliau berkata, kenderaan terbiar bukan sahaja mengurangkan jumlah parkir untuk orang ramai malah mencacatkan imej bandar raya.

"Pasukan penguat kuasa MBSA akan mula menunda kenderaan terbiar ini bermula Januari.

"Tindakan ini melibatkan kenderaan yang sudah diberikan notis tetapi gagal dialihkan selepas tempoh ditetapkan," ujar beliau.

Menurutnya, perbuatan meninggalkan kenderaan terbiar di petak parkir awam bukan sahaja menyebabkan kehilangan hasil kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) malah caj tunda sebanyak RM300 bagi kenderaan bertayar dan RM400 bagi tidak bertayar akhirnya mungkin ditanggung pembayar cukai jika pemilik tidak dapat dikesan.

Pada mesyuarat sama, laporan itu melaporkan Mohd Fauzi turut mengumumkan MBSA memperoleh lapan kenderaan elektrik Proton e.MAS 7 sebagai kenderaan rasmi baharu.

Antara jabatan yang akan menggunakan kenderaan itu ialah Kejuruteraan, Pelesenan, Pembangunan Komuniti, Kontrak dan Ukur Bahan, Perkhidmatan Pengurusan, Perancangan dan Pejabat Datuk Bandar.

Mohd Fauzi berkata, penggunaan EV itu mampu mengurangkan kos penyelenggaraan sehingga 30 peratus setahun berbanding kenderaan petrol atau diesel.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved