MBSA: Peluang isi minyak percuma di Petronas Kota Kemuning 1 esok

9 Oct 2024 • 8:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 9 OKT: Seramai 500 penunggang motosikal terawal berpeluang mengisi petrol percuma sempena Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam ke-24, esok.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan program bermula 11.30 pagi di Stesen Minyak Petronas Kota Kemuning 1, Persiaran Anggerik Mokara, Seksyen 31, di sini.

“Jom sama-sama hadir ke program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma. Terhad kepada 500 buah motosikal terawal sahaja,” katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini, MBSA menganjurkan dua siri program petrol percuma kepada ratusan penunggang motosikal pada 2 April dan 21 Mei.

Selain program petrol percuma, MBSA turut menyediakan pelbagai insentif termasuk kempen pengurangan kompaun parkir RM20 dan potongan 5 peratus kepada kompaun terpilih.

Orang ramai turut ditawarkan keahlian percuma di perpustakaan MBSA sepanjang Oktober.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved