MBSA raih dua pingat emas dan perak dalam pertandingan reka cipta

12 Jul 2023 • 10:41 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH NAJAMUDDIN MOHD NOR

SHAH ALAM, 12 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merangkul dua emas dan dua perak dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Melalui Pameran 2023 di Kedah, pada 5 dan 6 Julai.

Menurut ketua Bahagian Korporatnya, emas pertama diraih melalui projek inovasi kutipan sampah kering di perumahan kos rendah bertingkat, yang memudahkan penduduk melaksana amalan kitar semula.

Mohd Azhar Mohd Sharif memaklumkan emas kedua diterima melalui projek eNotifikasi, yang membolehkan pemilik harta menerima maklumat bil cukai taksiran melalui sistem pesanan ringkas.

“Anugerah perak pula diperoleh melalui projek “KMM Simple”, iaitu penambahbaikan proses permohonan lesen permit kerusi meja dan motosikal secara manual kepada sistem.

“MBSA turut meraih pingat sama bagi projek ‘Quran Time’, iaitu mewujudkan pautan khas Google Meet bagi mempermudah jemaah atau kakitangan bertadarus secara berterusan,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Mohd Azhar memaklumkan MBSA juga menerima Anugerah Kesetiaan sebagai penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan itu hasil penyertaan berterusan sejak 2016.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved