MBSA santuni 35 warga emas huni rumah kebajikan sempena Tahun Baharu Cina

5 Feb 2023 • 3:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 5 FEB: Seramai 35 warga emas yang menghuni Rumah Persatuan Kebajikan Ci Hang-Chempaka Selangor di Kampung Baru Subang di sini disantuni Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 2 Februari.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Shahrin Ahmad berkata kunjungan sempena Tahun Baharu Cina turut disertai Datuk Bandar Shah Alam Dr Nor Fuad Abdul Hamid.

“Dalam kunjungan itu Dr. Nor Fuad telah memberikan sumbangan berupa wang tunai dan hamper kepada kumpulan warga emas berkenaan,’’ katanya .

Menurutnya, MBSA akan meneruskan usaha untuk menyantuni golongan yang memerlukan di kawasan pentadbirannya sejajar dengan tekad menjadi pihak berkuasa tempatan yang prihatin.

image is not available
Datuk Bandar Shah Alam Dr Nor Fuad Abdul Hamid (tengah) bergambar dengan warga emas yang menghuni Rumah Persatuan Kebajikan Ci Hang-Chempaka Selangor di Kampung Baru Subang , Shah Alam pada 2 Februari 2023. Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved