MBSA sedia kiosk sisa makanan di tiga lokasi

23 Jun 2022 • 11:43 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 23 JUN: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan kiosk sisa makanan (food waste drop-off) di tiga lokasi.

Lokasi terbabit ialah di Pusat Kitar Semula Seksyen U13, Setia Alam; Pusat Kitar Semula Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang dan Pusat Kitar Semula Seksyen U2, Taman Perindustrian Saujana Indah.

“Kiosk itu bagi kegunaan warga Shah Alam dalam menggalakkan aktiviti pengasingan sisa makanan dari rumah.

“Sisa makanan yang terkumpul akan dihantar ke mesin kompos untuk penghasilan baja kompos,” tulisnya di Facebook.

MBSA turut menerangkan tatacara penggunaan kiosk berkenaan seperti berikut:

image is not available