MBSA sedia tong Roro di 384 lokasi sempena Tahun Baharu Cina

23 Jan 2024 • 10:54 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 23 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan tong sampah besar ‘Roll On Roll Off’ (Roro) di 384 lokasi sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menerusi Facebook rasminya, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan penempatan tong itu bagi kutipan sampah pukal bermula semalam hingga 5 Februari.

“Semua 384 lokasi tong Roro sempena perayaan Tahun Baru Cina ini akan ditempatkan KDEB Waste Management antara tiga hingga lima hari dan ditarik sekiranya penuh,” maklum MBSA.

Menurutnya, kutipan sisa pepejal dibuat menerusi tiga pusingan iaitu pada 22 hingga 26 Januari, pusingan kedua (27 hingga 31 Januari), manakala pusingan terakhir antara 1 hingga 5 Februari.

Jelas PBT berkenaan, sampah pukal yang dibenarkan antaranya perabot terpakai, sementara sisa barangan elektronik dan kitar semula boleh dihantar ke pusat kitar semula berhampiran.

Senarai penuh lokasi penempatan tong Roro boleh disemak menerusi sosial Facebook Sisa Pepejal MBSA atau hubungi Jabatan Kelestarian Awam dan Sisa MBSA atau KDEBWM mengikut lokasi yang ditetapkan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved