MBSA, SPCA tawar pemandulan bersubsidi anjing dan kucing

15 Jul 2026 • 9:49 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MBSA, SPCA tawar pemandulan bersubsidi anjing dan kucing

SHAH ALAM, 15 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Society for The Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) Selangor menganjurkan Program Potong Royong 2026 bagi mengawal populasi haiwan terbiar secara berstruktur.

Menurut MBSA, program yang berlangsung di Dewan Seri Gading, Seksyen U13 di sini semalam menawarkan perkhidmatan pemandulan bersubsidi kepada anjing dan kucing.

“Program ini merupakan inisiatif pengurusan haiwan secara lestari melalui pelaksanaan program pemandulan bersubsidi bagi anjing dan kucing, di samping pemberian vaksinasi serta rawatan pencegahan parasit kepada haiwan yang terlibat,” katanya di Facebook.

Program berkenaan turut melibatkan penyertaan komuniti, penyelamat haiwan bebas serta pemilik haiwan peliharaan.

MBSA memaklumkan inisiatif itu bertujuan mengurangkan aduan awam berkaitan gangguan haiwan, meningkatkan tahap kesihatan awam serta memupuk kesedaran mengenai pemilikan haiwan secara bertanggungjawab.

“MBSA komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama rakan agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memastikan kebajikan haiwan serta kesejahteraan komuniti terus dipelihara,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved