MBSA tawar minyak percuma untuk 500 motosikal 17 Jun ini

10 Jun 2025 • 3:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 10 JUN: Penunggang motosikal dijemput hadir memeriahkan program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 17 Jun ini.

MBSA menerusi Facebook memaklumkan, program berlangsung di Stesen Minyak Petronas Seksyen 15, Shah Alam itu bermula jam 11 pagi dan terhad kepada 500 motosikal terawal sahaja.

Inisiatif ini sebahagian usaha MBSA menghargai warga kota, khususnya penunggang motosikal yang menjadi antara penyumbang utama kelancaran pergerakan di bandar.

Orang ramai disarankan datang awal bagi merebut peluang mendapatkan minyak percuma ini.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved