MBSB Bank pulangkan balik wang dikeluar secara haram di Kota Kinabalu

24 Jun 2024 • 8:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MBSB Bank secara aktif bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan penyelesaian yang pantas dan menyeluruh bagi kes berkenaan.

KUALA LUMPUR - MBSB Bank Bhd telah memulangkan semua wang yang dikeluarkan secara haram daripada akaun pelanggan yang terjejas di Kota Kinabalu, Sabah.

Kejadian itu membabitkan sindiket yang bersekongkol dengan kakitangan tertentu kini ditahan reman oleh polis, kerana melakukan pengeluaran wang secara haram yang disahkan melalui kad pengenalan yang dipalsukan.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, MBSB Bank berkata, berikutan semakan dalaman yang komprehensif yang mendorong siasatan awal polis, pihaknya secara aktif bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan penyelesaian yang pantas dan menyeluruh bagi kes berkenaan.

"Keutamaan kami ialah memastikan keselamatan dan kepercayaan pelanggan kami. Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan,” kata bank itu.

Ia juga komited untuk mengekalkan integriti keselamatan perbankan untuk semua pelanggannya dan akan terus bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa yang berkaitan bagi memastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan yang sewajarnya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved