MBSJ anjur hari tanpa kenderaan pada 7 Mei, banyak aktiviti menarik disusun

27 Apr 2023 • 9:37 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 27 APRIL: Orang ramai dipelawa memeriahkan Hari Tanpa Kenderaan @ Selamat Pagi Subang Jaya pada 7 Mei depan.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memaklumkan program bermula jam 7 hingga 11.45 pagi berlangsung di Jalan Persiaran Kemajuan, berdepan pusat membeli-belah Subang Parade dan Aeon Big.

“Pelbagai aktiviti komuniti sihat dan menarik akan diadakan seperti Basketball King Of The Street, repelling, pertandingan karaoke, pasar Karloot, perlumbaan basikal Criterium dan Street Soccer Challenge.

“Turut disediakan Eco Free Market, bazar sarapan pagi, pameran agensi, aktiviti memanah dan cabutan bertuah istimewa buat para pengunjung,” kata pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

image is not available

Pengunjung program tersebut turut berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan yang disediakan secara percuma.

Pada 19 April lalu, Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Zulkurnain Che Ali berkata pelbagai aktiviti tambahan dibuat bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Antara program baharu tersebut adalah perlumbaan basikal Criterium, pasar Karloot dan pertandingan karaoke.

Beliau berkata aktiviti lain seperti larian, berjalan serta berbasikal santai diadakan seperti biasa.

image is not available