MBSJ sedia 60 petak niaga untuk penjaja tiada permit, mula operasi April

6 Mar 2025 • 10:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SUBANG JAYA, 6 MAC: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyediakan 60 petak niaga kepada penjaja kecil yang tidak mempunyai permit.

Bertempat di Tapak Penjaja Puncak Jalil 3/10, EXCO Perdagangan Ng Sze Han berkata peniaga berkenaan boleh memulakan operasi April ini.

“Pelaksanaan inisiatif ini bagi memberi peluang kepada penjaja untuk beroperasi secara sah selain keselamatan mereka dan pembeli juga lebih terjamin berbanding berniaga di kawasan sebelum ini yang kurang strategik.

“Saya yakin tapak ini dapat membantu memperkukuh ekonomi setempat dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih tersusun dan mampan,” katanya selepas merasmikan tapak berkenaan di sini, hari ini.

image is not available
EXCO Pelaburan Ng Sze Han menyampaikan cenderamata kepada peniaga dalam majlis perasmian tapak penjaja dan walkabout bazar Ramadan Puncak Jalil 3/10, Subang Jaya pada 6 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Dalam perkembangan lain, Sze Han yang juga Ahli Dewan Negeri Kinrara berkata MBSJ mewujudkan bazar sementara di tapak penjaja berkenaan sempena Ramadan.

“Sebanyak 120 gerai disediakan di tapak bazar Ramadan ini. Menariknya, hari ini MBSJ turut menyediakan 100 kupon RM10 kepada pengunjung terawal yang membawa bekas makanan sendiri.

“Tidak ketinggalan, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI juga mengagihkan 400 kupon Platform Selangor (PLATS) bernilai RM10 kepada pengunjung bazar di sini hari ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved