MBSJ selenggara pokok berisiko, lindungi keselamatan penduduk

9 Oct 2024 • 11:23 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 9 OKT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) akan menyelenggara pokok berisiko di 17 lokasi sekitar pentabirannya mulai bulan ini untuk keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya.

Bahagian Komunikasi Korporatnya dalam kenyataan menyebut inisiatif yang dijangka mengambil masa empat bulan merupakan sebahagian usaha berterusan mereka mengurangkan risiko pokok tumbang.

“Kerja-kerja penyelenggaraan ini melibatkan pemangkasan dahan pokok, penilaian struktur pokok serta penebangan pokok-pokok yang dikenal pasti berisiko tinggi,” jelas MBSJ.

Lokasi penyelenggaraan seperti berikut:

image is not available

image is not available

MBSJ memaklumkan akan terus memantau kerja di lapangan dan aliran trafik di kawasan terlibat, selain menasihatkan pengguna jalan raya untuk terus berhati-hati.

Sebarang masalah atau aduan boleh dilaporkan melalui aplikasi aduan awam atau pusat panggilan MBSJ di talian 03 8024 7700.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved