MBSJ serbu dua pusat hiburan beroperasi tanpa lesen di Puchong

12 Aug 2022 • 12:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 12 OGOS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyerbu dua pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen di sekitar Puchong Jaya semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu di Facebook berkata operasi bersepadu bersama Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang turut menyita peralatan hiburan premis berkenaan.

Maklumnya pusat hiburan pertama melakukan kesalahan mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesen manakala satu lagi tidak beroperasi semasa serbuan dijalankan.

“Pemantauan berkala terus dijalankan dari semasa ke semasa bersama polis dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak atau individu yang didapati melanggar peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved