MBSJ sita, arah tutup premis snuker dan pusat kecantikan tanpa lesen di USJ

5 Mar 2026 • 12:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 5 MAC: Premis pusat hiburan snuker atau bola pool serta pusat kesihatan dan kecantikan antara yang disita dan diarahkan tutup dalam operasi penguatkuasaan di sekitar USJ 9 dan USJ 10, Petaling Jaya pada 3 Mac lalu.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memaklumkan premis terbabit beroperasi tanpa Lesen Hiburan (bola pool) dan Lesen Perniagaan Pusat Kesihatan dan Kecantikan yang sah daripada pihak berkuasa tempatan itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mematuhi peraturan pelesenan yang ditetapkan,” menurut kenyataan.

Susulan itu, tindakan sitaan serta penutupan dilaksanakan serta-merta terhadap premis yang beroperasi tanpa lesen sah.

“MBSJ akan terus memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan bagi memastikan semua pengusaha mematuhi undang-undang serta peraturan demi ketenteraman dan kesejahteraan awam,” katanya.

Orang awam boleh menyalurkan aduan berkaitan pelanggaran peraturan melalui laman sesawang rasmi MBSJ di https://www.mbsj.gov.my/ms/saluran-aduan

atau menghubungi Jabatan Penguatkuasaan menerusi WhatsApp di talian 019-220 7823.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved