MCA gesa Anwar lepas jawatan Menteri Kewangan, pecat Rafizi & Mat Sabu kerana gagal laksanakan tugas, timbulkan kontroversi

Politics
3 Oct 2023 • 9:55 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

MCA hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Menteri Kewangan agar dapat memberi tumpuan kepada urusan pentadbiran negara.

Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong berkata, Anwar perlu mengambil langkah tersebut memandangkan rakyat pada ketika ini dihimpit dengan isu kenaikan kos sara hidup dan pendapatan tidak meningkat, sedangan kerajaan tiada arah tuju ekonomi yang jelas.

Dalam pada itu Chong turut mencadangkan agar Anwar memecat Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu yang didakwa gagal melaksanakan tugas dan menimbulkan kontroversi.

Chong mendakwa Rafizi gagal mengukuhkan ekonomi negara dan pendapatan rakyat, sebaliknya meminta orang ramai memasak sendiri di rumah dan tidak makan di luar.

Dia juga mendakwa Mohamad Sabu gagal menyelesaikan masalah kekurangan bekalan telur dan beras, selain gagal menangani kenaikan harga barangan keperluan harian.

Sumber: MalaysiaKini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved