MCA Hormati Keputusan Pembentukan Kerajaan Perpaduan

Politics
24 Nov 2022 • 8:47 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ka Siong berkata masa depan negara perlu ke arah kesederhanaan dan kepelbagaian harus dipelihara. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Parti MCA menghormati keputusan pembentukan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kestabilan politik dan pembangunan ekonomi negara terus diperkasa, demi kesejahteraan rakyat.

Justeru, Presidennya, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata, parti itu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai PM Ke-10!

“Sememangnya ini satu tanggungjawab besar yang perlu digalas bersama. Semoga dengan kepimpinan PM (Perdana Menteri) yang baharu, negara kita dapat menghapuskan politik bersifat hasut dengki dan mengelak berlaku sebarang perpecahan dalam sebuah masyarakat majmuk,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, masa depan negara perlu ke arah kesederhanaan dan kepelbagaian harus dipelihara.

“Semoga Malaysia terus maju menuju ke arah kestabilan dan kemakmuran,” katanya.

Terdahulu, Istana Negara menerusi kenyataan selepas selesai Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu, mengumumkan Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri baharu.

Presiden PKR itu mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri pada jam 5 petang tadi di Istana Negara. - Getaran, 24 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved