MCA tidak bertanding pada PRN, tumpukan persediaan hadapi PRU16

Politics
5 Jul 2023 • 5:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: MCA tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bulan depan.

Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon (gambar) dalam kenyataan hari ini berkata dalam tempoh ini, MCA sebaliknya akan menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), selain melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan semula parti itu.

“Keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA hari ini selepas perbincangan, analisis serta mengambil kira situasi politik semasa,“ katanya.

Beliau berkata MCA akan memainkan peranan sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam membantu calon-calon parti komponen BN pada PRN itu.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRN di keenam-enam negeri dijalankan secara serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved