McDonald’s Bakal Kembali Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

7 Feb 2025 • 9:58 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

McDonald’s Pernah Tutup Operasi Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

McDonald’s Bakal Kembali Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Khabar gembira buat warga Kuching dan para pengunjung Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) – McDonald’s bakal kembali beroperasi di lokasi yang sama bersebelahan dengan balai ketibaan!

Sebelum ini, McDonald’s pernah menjadi salah satu tempat pilihan utama buat pelancong, penumpang, serta pelawat di LTAK. Namun, cawangan tersebut telah ditutup sepenuhnya pada 26 Mac 2021, meninggalkan satu kekosongan besar bagi mereka yang sering menjadikan McDonald’s sebagai tempat persinggahan untuk mengisi perut sebelum atau selepas penerbangan.

image is not available
Sumber gambar: FB Billy Kidman

Sedia Menyambut Tetamu Tidak Lama Lagi

Penutupan ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang berharap agar jenama makanan segera kegemaran ramai ini kembali beroperasi di lapangan terbang ini.

Kini, impian itu akhirnya menjadi kenyataan! Tular di media sosial, gambar dan maklumat mengenai pembukaan semula McDonald’s di LTAK telah menarik perhatian ramai. Dengan pemasangan dinding pengubahsuaian yang memaparkan slogan “Sedia Menyambut Tetamu Tidak Lama Lagi”, jelas menunjukkan bahawa restoran ini bakal beroperasi semula dalam masa terdekat.

Walaupun tarikh rasmi pembukaannya masih belum diumumkan, kemunculan semula McDonald’s di LTAK pastinya bakal mengembalikan suasana yang lebih meriah di lapangan terbang ini. Bukan sahaja memberikan kemudahan kepada pelawat dan penumpang untuk menikmati hidangan kegemaran mereka, malah ia juga dijangka menjadi tarikan utama bagi mereka yang sering berulang-alik melalui LTAK.

Buat peminat McDonald’s, nantikan pengumuman rasmi mengenai tarikh pembukaannya. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menikmati semula Big Mac, McChicken, McNuggets, serta pelbagai menu lain yang sinonim dengan McDonald’s!

Baca juga cerita berkaitan di bawah: