McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Ke Dana Kemanusiaan Palestin

LocalPolitics
17 Oct 2023 • 5:10 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

McDonald’s Malaysia mengesahkan pihaknya memberi sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin yang dilancarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan, McDonalds Malaysia berkata, langkah tersebut selaras dengan hasrat murni kerajaan sebelum ini.

“Usul Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Belanjawab 2024) untuk memperuntukkan RM10 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin adalah sejajar dengan komitmen kami untuk menyokong mereka yang terjejas akibat konflik di Gaza.
“Krisis kemanusiaan yang semakin menekan di Gaza mengetengahkan kepentingan usaha ini,”menurut kenyataan.

image is not available

Tambah McDonald’s Malaysia, sumbangan tersebut adalah sebagai tanda sokongan supaya dapat membantu rakyat Palestin yang sedang berdepan dengan situasi getir.

Ujarnya, dana yang disumbangkan itu dapat memenuhi keperluan masyarakat Palestin yang terjejas. Ini termasuklah meliputi perubatan, makanan, tempat tinggal dan bantuan pemindahan.

image is not available

McDonald’s Malaysia turut menggalakkan semua pekerja untuk menyertai usaha pengumpulan dana bagi membantu meringankan beban masyarakat yang terkesan di Gaza.

Sebelum ini, McDonalds Malaysia menegaskan mereka adalah entiti 100 peratus milik Muslim sejak pengambilalihan oleh Lionhorn Pte. Ltd di bawah syarikat Kumpulan Reza daripada Arab Saudi pada 2017.

Bahkan, telah menyumbangkan pembayaran zakat dan terus melakukannya setiap tahun.