MCE Holdings catat untung bersih RM4.14 juta pada 4QFY24 didorong oleh peningkatan kecekapan operasi
26/09/2024 - 10:12
KUALA LUMPUR 26 Sept - MCE Holdings Bhd mencatat untung bersih RM4.14 juta bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Julai 2024 (4QFY24), menunjukkan peningkatan 40.7% berbanding RM2.94 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

