MCMC dedah belum terima permohonan sekat aplikasi InDrive, Maxim -Fahmi Fadzil

LocalPolitics
14 May 2025 • 6:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dedah belum terima permohonan untuk menyekat aplikasi e-hailing InDrive dan Maxim dari Rusia yang sebelum ini telah diarahkan untuk menghentikan operasi berkuat kuasa 24 Julai ini.

image is not available

MCMC dedah belum terima permohonan, sedia ambil tindakan jika ada permohonan rasmi

Memetik laporan daripada Berita Harian, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang menjelaskan bahawa MCMC sedia mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sekiranya menerima permohonan rasmi daripada kementerian berkaitan.

“Pada waktu ini MCMC tidak memaklumkan kepada saya mengenai permohonan dari Kementerian Pengangkutan untuk mengambil tindakan, yang boleh diambil berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia.
Tapi pada waktu ini, setakat hari ini, belum lagi menerima permohonan terbabit dan sekiranya diberikan (permohonan), maka MCMC akan menjalankan tugas berdasarkan undang-undang,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet.

image is not available

MCMC dedah belum terima permohonan sekat 2 aplikasi e-hailing

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata dua aplikasi e-hailing dari Rusia itu diarahkan menghentikan operasi berkuat kuasa 24 Julai ini.

Beliau berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah menghantar surat pemberhentian operasi kepada InDrive dan Maxim baru-baru ini.

image is not available

Dalam masa sama, Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia (Penghantar Malaysia) turut menggesa kerajaan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap dua aplikasi berkenaan termasuk menyekat akses kepada platform terbabit.

Menerusi satu kenyataan lagi, Penghantar Malaysia mendakwa kedua-dua platform itu terus menawarkan perkhidmatan e-hailing tanpa mematuhi peraturan di bawah akta sedia ada.

Antara isu yang dibangkitkan ialah kegagalan pihak aplikasi memastikan pemandu mereka memiliki lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah, sebagaimana diwajibkan oleh undang-undang di Malaysia.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)