MCMC diminta kenal pasti kawasan ada gangguan komunikasi di Padang Serai

LocalPolitics
1 Dec 2022 • 7:30 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KULIM: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) disaran agar membuat pemeriksaan di kawasan yang belum dikesan mempunyai masalah gangguan komunikasi, terutama di Parlimen Padang Serai.

Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Padang Serai bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Datuk Azman Nasrudin berkata perkara itu bagi memastikan seluruh kawasan itu mendapat liputan komunikasi yang lebih berkualiti.

“Mungkin ada tempat lain (di Parlimen Padang Serai yang belum dikesan mempunyai gangguan komunikasi), kerana kemungkinan penduduk belum menyalurkan aduan berkenaan (kepada mana-mana pihak).

“Tetapi saya hendak pastikan pihak MCMC supaya turun ke bawah untuk mengesan (masalah) liputan (rangkaian telekomunikasi) ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas merujuk kepada kenyataan MCMC hari ini yang memaklumkan akan membina satu menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negera (JENDELA) bagi mengatasi masalah talian komunikasi di lima kampung di Padang Serai.

Lima kampung tersebut adalah Taman Bunga Raya, Taman Raya Indah, Taman Raya Murni, Kampung Padang dan Kampung Nesa.

Menurut kenyataan itu, pembinaan menara komunikasi baharu itu dijangka siap dalam tempoh setahun dan bagi penyelesaian interim, penyedia perkhidmatan diminta menjalankan pengoptimuman di menara komunikasi sedia ada yang berhampiran dalam masa seminggu bagi menambah baik kualiti liputan.

Pada 28 Nov lepas, media melaporkan kira-kira 8,000 penduduk di lima kampung berkenaan mengalami masalah gangguan rangkaian komunikasi.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved