MCMC Gesa Padam & Henti Sebar Video Insiden Pemandu Dipukul Sehingga Maut

23 Feb 2024 • 10:03 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

MCMC Gesa Padam & Henti Sebar Video Insiden Pemandu Dipukul Sehingga Maut

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menggesa orang ramai memadam dan berhenti menyebarkan video insiden tragis yang berlaku di Taman Pelangi Semenyih 2.

Gesaan itu dibuat oleh MCMC menerusi satu kenyataan media yang dikongsikan di laman Facebook rasmi suruhanjaya tersebut.

Difahamkan, gesaan itu dibuat bagi menghormati keluarga mangsa yang terkesan dengan kejadian malang tersebut.

Menurut MCMC, video yang tular itu menunjukkan kekerasan yang berlaku terhadap seorang lelaki yang terlibat dalam satu kemalangan.

image is not available

“Bagi menghormati keluarga mangsa, MCMC menggesa orang ramai untuk tidak menyebarkan video tersebut dan sekiranya telah dimuat naik, MCMC menasihatkan orang ramai untuk memadamkannya,” kata MCMC.

Tambahnya, perkongsian video itu bukan sahaja mengguris perasaan keluarga mangsa, malah ia telah melanggar prinsip dan etika asas.

“Penggunaan grafik berkaitan kecelakaan, kemalangan dan kekerasan boleh menimbulkan kegelisahan penonton,” ujar MCMC lagi.

Dalam pada itu, MCMC menegaskan mana-mana individu yang memuat naik dan menyebarkan video sedemikian boleh dikenakan tindangan undang-undang.

Mereka yang terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: MCMC