MCMC Ingatkan Orang Ramai Jangan Sebar Gambar Mangsa Tikaman Pelajar

LocalPolitics
15 Oct 2025 • 9:47 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang gambar atau video berkaitan insiden tragis melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa.

MCMC gesa jangan sebar gambar mangsa

image is not available

Foto: FMT

Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta menggesa orang ramai untuk bertindak dengan penuh tanggungjawab di media sosial.

“Jangan berkongsi, menghantar semula atau memuat naik sebarang kandungan, termasuk gambar atau video yang memaparkan mangsa, pelajar lain, atau lokasi kejadian.

Sekiranya kandungan tersebut telah dimuat naik, orang ramai dinasihatkan supaya segera memadamkannya,” menurut kenyataan itu.

image is not available

Foto: MCMC

MCMC menegaskan, penyebaran kandungan sedemikian bukan sahaja melanggar privasi dan maruah keluarga terlibat, malah boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

image is not available

Foto: The Star

Agensi di bawah Kementerian Komunikasi itu turut mengingatkan bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana individu yang mengedarkan kandungan tidak wajar di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Terdahulu, mangsa ditikam suspek iaitu seorang pelajar berusia 14 tahun dengan menggunakan senjata tajam dalam kejadian di kawasan tandas perempuan di sekolah berkenaan jam 9.10 pagi.

Difahamkan, suspek pelajar Tingkatan Satu (Kelas Peralihan) dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini untuk permohonan perintah reman.

Sumber: Facebook