MCMC: Kualiti liputan komunikasi di Kampung Bukit Badong ditambah baik

4 Aug 2023 • 8:05 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Kualiti perkhidmatan Internet di Kampung Bukit Badong, Selangor secara keseluruhannya telah bertambah baik daripada kelajuan di bawah 2.5Mbps (megabit sesaat) kepada 40Mbps secara purata hasil tindakan penyedia perkhidmatan dan pengukuran yang telah dijalankan di beberapa lokasi.

Namun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan terdapat beberapa kawasan yang memerlukan penambahbaikan.

“Oleh yang demikian, pihak MCMC telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan untuk menyediakan perancangan jangka panjang dalam masa terdekat bagi menambah baik kualiti perkhidmatan kepada penduduk di Kampung Bukit Badong,“ menurut kenyataan MCMC hari ini.

Menurut MCMC pelaksanaan perancangan jangka panjang itu akan terus dipantau agar isu liputan komunikasi ini dapat diselesaikan.

Penambahbaikan itu susulan aduan berkaitan kualiti liputan komunikasi lemah yang diterima semasa program inisiatif Ziarah Kasih oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil di Kampung Bukit Badong pada 30 Julai lepas.

Susulan itu, MCMC telah menjalankan lawatan tapak pada 1 Ogos lepas bersama wakil penyedia perkhidmatan iaitu CelcomDigi, Maxis dan UMobile.

Menurut MCMC, hasil tinjauan di lokasi aduan mendapati jarak menara serta kedudukan kampung berkenaan yang dikelilingi pokok kelapa sawit menyebabkan gangguan kualiti perkhidmatan. -Bernama