MCMC Luluskan Penggabungan Antara Celcom dan Digi

Business & Finance
29 Jun 2022 • 12:37 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sekitar April tahun lalu, dua syarikat telco gergasi negara, Celcom Axiata dan Digi.com mengumumkan sedang dalam fasa terakhir untuk penggabungan.

Keputusan itu sekaligus akan menjadikan mereka sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar di Malaysia dengan nama MergeCo.

image is not available

Selepas lebih setahun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini, 29 Jun memaklumkan sudah mengeluarkan notis tiada bantahan kepada cadangan penggabungan berkenaan.

MCMC menerusi satu kenyataan media berkata pihaknya sudah menjalankan penilaian menyeluruh terhadap penggabungan ini termasuklah isu membabitkan persaingan dan lain-lain.

“Pada 1 April 2022, MCMC telah mengeluarkan Pernyataan Isu kepada Pemohon (Digi Telecommunications dan Celcom) selaras dengan Garis Panduan Penggabungan dan Pengambilalihan bertarikh 17 Mei 2019 untuk menangani kebimbangan bahawa penggabungan ini akan atau berkemungkinan mengurangkan persaingan dengan ketara dalam sesetengah pasaran komunikasi yang telah dikenal pasti oleh MCMC.

“Justeru, Pemohon telah mengemukakan suatu aku janji yang mengandungi komitmen Pemohon untuk mengatasi isu-isu persaingan yang telah diketengahkan oleh MCMC di dalam Pernyataan Isu.

“MCMC telah mempertimbangkan komitmen yang ditawarkan oleh Pemohon dan berpuas hati bahawa ia akan mengurangkan dengan signifikan isu-isu persaingan yang akan atau mungkin timbul akibat penggabungan ini,” kata MCMC.

Salinan aku janji oleh syarikat tersebut boleh dilihat dan dimuat turun dari laman sesawang MCMC di sini.