MCMC Melarang Orang Ramai Memuat Naik Semula Kandungan Provokasi Yang Dipadam Dari TikTok Dan Instagram

TechnologyDigital
24 Nov 2022 • 1:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pasca PRU15 tular di media sosial kandungan berunsur provokasi perkauman dan keagamaan dimuat naik ke platform TikTok dan Instagram. Selepas menerima laporan dari orang ramai, sebanyak 101 kandungan yang didapati menyentuh isu yang sensitif ini telah dibuang oleh pihak TikTok dan Instagram.

image is not available

Bagi memastikan ketenteraman awam terus kekal, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik semula kandungan yang telah dipadam ini ke akaun media sosial milik mereka. MCMC berkata mereka akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang melanggar larangan ini kerana melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multmedia 1998.

Setakat ini 36 laporan telah diterima dan 20 daripadanya telahpun diselesaikan dengan bantuan pihak PDRM. Sebanyak 12 kertas siasatan juga telah dibuka setakat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved