MCMC, Microsoft Malaysia Jalin Kerjasama Teroka Manfaat Industri AI

21 Jun 2024 • 7:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Microsoft Malaysia menjalinkan kerjasama strategik melalui Memorandum Persefahaman (MoU) serta pelancaran program pembangunan kapasiti dalam Kecerdasan Buatan (AI) iaitu MCMC – Microsoft AI TEACH semalam.

image is not available

Foto: X @fahmi_fadzil

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melalui satu hantaran di akaun X berkata, menerusi perjanjian MoU berkenaan, MCMC dengan Microsoft bekerjasama meneroka manfaat dan pengetahuan mengenai AI.

“MCMC dan Microsoft Malaysia akan bekerjasama untuk meneroka manfaat sosioekonomi AI, termasuk usaha untuk mempersiapkan tenaga kerja masa hadapan dengan pengetahuan AI dan kemahiran digital,” katanya.

image is not available

Foto: X @fahmi_fadzil

Beliau juga berkata, seramai 1,600 ahli komuniti berhampiran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terlibat dalam program MCMC – Microsoft AI TEACH, khususnya golongan rentan akan menerima latihan dan pensijilan dalam kemahiran AI.

“Insya-Allah program tersebut akan membantu meningkatkan kebolehpasaran 1,000 orang peserta melalui inisiatif padanan pekerjaan MyFutureJobs.

“Semoga usaha mentransformasikan Malaysia sebagai negara berpacukan digital menerusi teknologi akan beroleh kejayaan, demi kesejahteraan yang inklusif untuk rakyat,” jelasnya.

image is not available

Foto: FB MCMC

Untuk makluman, kerjasama tersebut telah dimeterai oleh Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Pengarah Urusan Microsoft Malaysia K. Raman yang disaksikan oleh Fahmi sendiri.

Sumber: X @fahmi_fadzil