MCMC nafi Malaysia wajib mansuh, tiada syarat 80% kandungan tempatan dalam lesen penyiaran

LocalPolitics
1 Nov 2025 • 7:52 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan bahawa Malaysia diwajib memansuhkan syarat lesen penyiaran yang menetapkan 80% kandungan tempatan susulan perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan MCMC hari ini, dakwaan berkenaan yang dibuat oleh seorang bekas ketua pengarang adalah tidak benar dan mengelirukan, serta tidak mencerminkan kerangka pelesenan penyiaran yang sedang berkuat kuasa di negara ini.

Di bawah lesen Content Applications Service Provider Individual (CASP) atau lesen penyiaran individu yang dikeluarkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), tiada syarat kuota kandungan tempatan sebanyak 80% dikenakan terhadap penyiar swasta di Malaysia.

“Lesen semasa memberi kebebasan kepada penyiar untuk menentukan kandungan masing-masing berdasarkan garis panduan serta piawaian kandungan yang ditetapkan oleh MCMC,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, lesen penyiaran di bawah AKM 1998 tidak mengandungi sebarang larangan terhadap penyiaran kandungan antarabangsa pada waktu perdana, dan penjadualan kandungan tertakluk kepada keputusan penyiar berdasarkan permintaan pasaran serta selaras dengan peraturan kandungan sedia ada.

Sementara itu, kerajaan kini sedang membangunkan Dasar Penyiaran Negara (DPN) yang bertujuan memastikan ekosistem penyiaran negara kekal mampan, memperkukuh pembangunan kandungan tempatan berkualiti, serta mewujudkan tadbir urus yang telus dan saksama bagi penyiar awam, swasta dan platform antarabangsa. - 1 November, 2025

The post MCMC nafi Malaysia wajib mansuh, tiada syarat 80% kandungan tempatan dalam lesen penyiaran appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved