MCMC pantau penjualan alat ganti di media sosial

20 Apr 2023 • 8:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zulkarnain

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam memantau sekiranya terdapat penjualan alat ganti motosikal yang tidak dibenarkan menerusi media sosial.

Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, peruntukan undang-undang jelas termaktub berkaitan kawal selia melibatkan penjualan alat ganti motosikal bagi memastikan alat ganti yang tidak dibenarkan dijual menerusi medium media sosial.

“Pemantauan sentiasa dijalankan melibatkan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membendung aktiviti penjualan alat ganti ini.

“Sekiranya terdapat mana-mana pelanggaran dari aspek perundangan yang dikesan, kita akan meminta penyedia platform untuk menurunkan iklan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan tegas termasuk sekatan terhadap mana-mana laman sesawang yang didapati menjual alat ganti yang tidak dibenarkan ini.

Katanya, pemantauan sememangnya dilaksanakan dari semasa ke semasa dan dalam soal ini pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana kegiatan yang menyalahi undang-undang.

“Apa yang menjadi kesalahan di dunia realiti, ia terpakai sama menerusi alam maya, itu tindakan yang kita sentiasa laksanakan,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved