MCMC pertimbang tindakan kawal selia terhadap Awesome Broadcasting

7 Mar 2023 • 1:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mempertimbangkan tindakan kawal selia ke atas pihak Awesome Broadcasting Sdn Bhd (ABSB) susulan kemungkinan pelanggaran Seksyen 36 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebarang operasi penyiaran oleh stesen televisyen harus mematuhi peraturan dan syarat lesen yang ditetapkan di dalam Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan CASP (I).

“MCMC memandang serius berhubung pematuhan pelesenan dan komited memastikan tahap pematuhan para pemegang Lesen CASP (I).

“Kegagalan untuk berbuat demikian adalah merupakan satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,“ menurut MCMC.

Pada 21 Feb lepas, MCMC dilaporkan membuka satu kertas siasatan terhadap saluran televisyen tempatan, Awesome TV, susulan laporan berita yang mendakwa bilangan penjawat awam bakal dikurangkan.

Siasatan dibuka di bawah Seksyen 206 AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi syarat lesen. -Bernama