MCMC rakam keterangan 3 individu berkait hantaran palsu 3R di Facebook, TikTok

LocalPolitics
4 Sep 2025 • 10:10 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga lagi individu berhubung hantaran palsu berunsur perkauman di Facebook dan TikTok berkait insiden seorang wanita menaiki pentas utama semasa sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak di Ipoh, baru-baru ini.

MCMC dalam kenyataannya berkata, hantaran tersebut yang mendakwa kononnya tindakan itu dilakukan oleh seorang wanita berbangsa Cina adalah tidak benar, selain berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, rakaman keterangan ke atas ketiga-tiga individu berkenaan dijalankan di Balai Polis Kuala Nerang, Kedah; Balai Polis Beserah, Kuantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang, semalam.

“Sebanyak tiga unit telefon bimbit, tiga keping kad SIM dan satu kad memori telah disita bagi tujuan analisis forensik digital.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan,’’ katanya.

MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengesahkan kesahihan maklumat sebelum membuat atau menyebarkan sebarang kandungan di media sosial. - 4 September, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved