MCMC sekat 101.66 juta panggilan penipuan dari Februari hingga Ogos

27 Sep 2026 • 8:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: MCMC sekat 101.66 juta panggilan penipuan dari Februari hingga Ogos

MCMC dengan kerjasama syarikat telekomunikasi berjaya menyekat 101.66 juta panggilan penipuan dari Februari hingga Ogos menerusi inisiatif Inter Operator Spoofing Gateway.

KULAI: Sebanyak 101.66 juta panggilan penipuan atau spoof call disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam tempoh Februari hingga Ogos lepas.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kejayaan itu dicapai menerusi pelaksanaan inisiatif Inter Operator Spoofing Gateway yang dilaksanakan sejak awal tahun ini.

Beliau berkata sindiket penipuan di luar negara menggunakan taktik Caller ID Spoofing bagi memaparkan nombor telefon seolah-olah daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan bagi memperdayakan mangsa di negara ini.

“Jumlah keseluruhan panggilan spoof yang disekat sebanyak 101.66 juta ini membuktikan bahawa inisiatif ini sangat berkesan,” katanya ketika ditemui pada program Tonton Wayang Bersama Ahli Parlimen Kulai di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah panggilan penipuan yang disekat setakat ini.

Dalam pada itu, Teo berkata MCMC akan mengadakan mesyuarat secara dalam talian bersama pihak Meta esok berkaitan aduan orang ramai berhubung kes akaun WhatsApp yang disekat.

Beliau berkata mesyuarat itu bertujuan mendapatkan taklimat terperinci berkaitan kes berkenaan.

“Kami (kementerian) akan menunggu hasil (maklumat) daripada mesyuarat pada hari berkenaan,” katanya.

MCMC sebelum ini dilaporkan sedang meneliti aduan orang ramai berhubung akaun WhatsApp yang dilaporkan digodam, disekat atau tidak lagi dapat diakses.

Suruhanjaya itu memaklumkan pihaknya telah mengemukakan kes berkenaan kepada Meta bagi mendapatkan penjelasan serta tindakan sewajarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved