MCMC Siasat Penyebaran Kandungan Palsu Kes Zara Qairina

LocalPolitics
10 Aug 2025 • 5:35 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

CYBERJAYA, 10 Ogos 2025 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan di media sosial berkaitan kes Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Kandungan berkenaan dipercayai mengandungi maklumat palsu serta bersifat 3R (Kaum, Agama dan Institusi Diraja), sekali gus dikhuatiri boleh mencetuskan kekeliruan awam dan menjejaskan kelancaran proses siasatan pihak berkuasa.

Dipanggil Bantu Siasatan di IPD Cheras

Bagi membantu siasatan, individu terbabit telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada 9 Ogos 2025 untuk sesi rakaman keterangan.

Telefon dan Kad SIM Dirampas

Satu (1) unit telefon bimbit dan satu (1) keping kad SIM turut disita bagi tujuan siasatan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Jari di Media Sosial Lebih Tajam Daripada Mata Pena

MCMC dalam satu kenyataan mengingatkan orang ramai supaya memberi ruang kepada proses siasatan dan berwaspada terhadap sebarang kandungan spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan awam. Penyebaran maklumat yang belum disahkan bukan sahaja berisiko mengguris hati keluarga mangsa, malah bercanggah dengan nilai etika serta boleh mengganggu proses keadilan. – The Malaysian Update

Sumber : MCMC