MCMC sokong tiada caj tambahan bagi akses 5G

11 Jan 2024 • 8:57 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyokong penuh komitmen Kerajaan Madani untuk memastikan penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih tidak mengenakan caj tambahan bagi akses kepada rangkaian 5G.

Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan pengumuman berhubung perkara itu oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada Selasa lepas adalah selari dengan usaha berterusan kerajaan dalam menyediakan akses teknologi telekomunikasi canggih yang adil dan saksama buat seluruh rakyat Malaysia.

Selasa lepas, Fahmi pada satu sidang media selepas sesi ujian kualiti perkhidmatan selular (panggilan suara) di sini, mengumumkan tiada bayaran tambahan akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi  kepada pengguna untuk mendapatkan akses rangkaian 5G.

Menurut MCMC, pihaknya akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih mematuhi komitmen yang telah dinyatakan. 

Suruhanjaya itu memaklumkan setakat 31 Disember lepas, perkhidmatan rangkaian 5G telah berjaya mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk. - 11 Januari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved