MDEC perkukuh kerjasama Malaysia-Indonesia bagi pacu ekonomi digital ASEAN
zulfadli
21/07/2023 - 18:02
KUALA LUMPUR 21 Julai - Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengumumkan kejayaan program DEX Connex dan FOX Xposure baru-baru ini, menerusi kerjasama dengan KUMPUL, pembina ekosistem usahawan Indonesia.
MDEC berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk meningkatkan hubungan kerjasama antara syarikat teknologi tinggi di Malaysia dan Indonesia.
Katanya, ia berfungsi sebagai platform yang berharga untuk peserta untuk melibatkan diri, mengembangkan jangkauan mereka, mempamerkan syarikat teknologi daripada Malaysia, dan memudahkan peluang pertumbuhan perniagaan ke arah memacu digital ekonomi di ASEAN.
"Sebanyak 42 syarikat Malaysia berteknologi tinggi meneroka ke Jakarta untuk menyertai program, dengan MDEC menjangka menjana RM250 juta dalam eksport digital," katanya dalam kenyataan media di sini.
Menurut kenyataan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz menekankan kepentingan memupuk kerjasama dan perkongsian pengetahuan sebagai pemacu utama untuk inovasi dan pertumbuhan
dalam ekonomi digital.
Program ini juga menyaksikan peristiwa penting dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dan Indonesia bagi mengukuhkan kerjasama kedua-dua negara.
Syarikat Malaysia termasuk Faszz Technology (M) Sdn Bhd, TRB Ventures Sdn Bhd (MHub), Verofax Asia Sdn Bhd dan PT The Lorry Online Indonesia.

Sementara itu, rakan kongsi Indonesia termasuk PT Envy Tbk, PT Aksi Visitama (Tada) PT Marega Kernel Teknologi dan PT Mitrausaha Indonesia Grup (Modalku).
MDEC baru-baru ini melancarkan MDEC Horizon Publication, yang komprehensif dan penerbitan strategik yang menawarkan pandangan dan maklumat yang tidak ternilai tentang landskap digital Malaysia.
Penerbitan ini berfungsi sebagai rujukan utama untuk pihak berkepentingan global dan tempatan yang mencari data yang boleh dipercayai dan perspektif termaklum.
MDEC juga akan melancarkan MDX 2023 pada September, acara yang meraikan dan menguatkan semua acara teknologi dengan penyertaan penceramah antarabangsa dan tempatan, dan ahli panel daripada organisasi ternama yang akan berlangsung di seluruh Malaysia. - DagangNews.com

