MDSB laksana pemutihan inap desa tanpa lesen hingga 5 Mei

LocalTravel
8 Apr 2026 • 9:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MDSB laksana pemutihan inap desa tanpa lesen hingga 5 Mei

SHAH ALAM, 8 APRIL: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menggerakkan pasukan petugas khas bagi melaksanakan operasi pemutihan inap desa di daerah itu bermula hari ini hingga 5 Mei depan.

Operasi bersepadu itu bertujuan memastikan premis pelancongan di bawah pentadbiran MDSB mematuhi peraturan serta beroperasi secara sah.

Pelaksanaan operasi turut membabitkan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad serta Air Selangor.

“MDSB kini dalam usaha untuk menyelaras dan melaksanakan tindakan pemutihan terhadap kewujudan premis pelancongan inap desa yang beroperasi tanpa kebenaran sah di dalam kawasan pentadbiran MDSB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Image from: MDSB laksana pemutihan inap desa tanpa lesen hingga 5 Mei
Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa, Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Mohamad Azwan Rosni menyampaikan taklimat ringkas Program Task Force Inap Desa daerah Sabak Bernam bersama jabatan dan agensi teknikal. Foto Facebook MDSB

Menurut MDSB, operasi tersebut melibatkan beberapa mukim termasuk Pasir Panjang, Panchang Bedena, Bagan Nakhoda Omar, Sabak dan Sungai Panjang.

Pada November tahun lalu, EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim berkata Sabak Bernam akan menjadi daerah pertama melaksanakan proses pemutihan bagi memastikan pengusaha penginapan beroperasi secara sah dan mematuhi syarat penggunaan tanah.

Setakat tahun lalu, sebanyak 140 inap desa dikenal pasti di daerah berkenaan, dengan kebanyakannya dibina di atas tanah bendang dan tidak menepati piawaian ditetapkan.

Suee Lim menegaskan pemutihan itu bukan untuk membebankan pengusaha, sebaliknya membantu mereka beroperasi secara sah di samping menjamin keselamatan dan perlindungan pelanggan.

View Original Article