MDSB wajibkan premis makanan pasang, senggara perangkap minyak

13 Jun 2024 • 4:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 13 JUN: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mewajibkan semua premis makanan dalam kawasan itu memasang perangkap minyak bagi kebersihan, berkuat kuasa serta-merta.

Unit Korporat dan Perhubungan Awamnya menjelaskan perangkap minyak itu perlu dipasang pada bahagian saluran paip pembuang dan diselenggara secara harian atau mingguan.

Pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan juga mewajibkan pemilik premis mempamerkan jadual penyelenggaraan masing-masing dan memastikan pembersihan dibuat mengikut ketetapan.

“Bahagian lemak, minyak dan gris (FOG) pada perangkap minyak hendaklah dibuang dalam plastik hitam sebelum dilupus ke tong sampah. Dilarang membuang mana-mana bahagian FOG ke longkang,” kata MDSB.

Tegasnya, pemilik yang ingkar akan dikenakan tindakan bawah Seksyen 65 Undang-undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MDSB) 2007, iaitu denda kurang RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Jelasnya, kesalahan berulang setelah pensabitan pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200 bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved