MEASAT Melantik John Loke Sebagai Ketua Pegawai Teknologi

LocalTechnology
1 Apr 2026 • 4:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MEASAT, syarikat pengelola teknologi satelit di Malaysia yang juga merupakan syarikat disebalik perkhidmatan teknologi internet satelit CONNECTMENOW telah mengumumkan pelantikan John Loke sebagai Ketua Pegawai Teknologi mereka hari ini.

Beliau akan mengetuai bahagian Kejuruteraan & Operasi Satelit dan Rangkaian, serta Teknologi Maklumat & Transformasi Digital, dan menerajui aspek teknikal perolehan satelit dan pelancaran. Disamping itu, beliau juga akan menyelia evolusi digital dan strategi serantau Measat dan membentuk masa depan syarikat melalui penyelesaian berpaksikan kecerdasan buatan.

image is not available

Sebelum ini, John Loke memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet satelit di Singapura dan merupakan salah satu individu yang bertanggungjawab untuk melancarkan satelit ST-1.

Malah, sebelum menyertai syarikat tersebut, John Loke juga telah bekerja di MEASAT untuk sedekad, memegang jawatan tinggi seperti Naib Presiden Kejuruteraan & Operasi Rangkaian dan Kejuruteraan Pelanggan dan merupakan salah satu individu yang juga bertanggungjawab untuk pelancaran satelit MEASAT 3-a dan MEASAT 3-b, bersama-sama dengan perkhidmatan internet satelit CONNECTMENOW.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved