Mechamato Cipta Sejarah Jadi Animasi Pertama Luar Jepun Menang Anugerah Anime Fan Award Di TAAF

Entertainment
10 Feb 2023 • 10:23 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Mechamato menang award anime fans

Animasi Mechamato Movie terbitan MONSTA dan Astro Shaw telah menjadi satu fenomena di negara ini, malah semasa tayangannya di Malaysia ia berjaya mengutip sebanyak RM34 juta selepas 28 hari ditayangkan.

Bukan itu sahaja, animasi ini bukan hanya ditonton oleh kanak-kanak tetapi ia juga mendapat sambutan dari pelbagai peringkat termasuklah dewasa.

Mechamato menang anugerah Anime Fan Award

Terbaharu, animasi tersebut telah mengangkat nama Malaysia ke persada dunia selepas diumumkan memenangi anugerah Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023.

Memetik laporan Anime Festival, kemenangan sah menjadi milik animasi berkenaan selepas Mechamato berjaya meraih 40,590 undian dari peminat anime.

Ucap terima kasih kepada pengundi dan penyokong

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abd Razak menerusi Facebook miliknya turut meluahkan rasa terima kasihnya atas undian dan sokongan yang diberikan.

“Mechamato berjaya mendapat #1 kategori Anime Fans Award di TAAF 2023! Terima kasih atas undian dan sokongan!” katanya.

Nizam dalam satu lagi hantaran memaklumkan Mechamato merupakan animasi luar dari negara Jepun pertama yang berjaya memenangi kategori tersebut di TAAF.

Menerusi tinjaun kami di Instagram rasmi milik Mechamato, pengumuman kemenangan itu telah mendapat pelbagai respon dari orang ramai yang mengucapkan tahniah atas pencapaian animasi tersebut.

“Wow! Tahniah Mechamato!”

image is not available

“Yeah… berbaloi undi hari-hari”

image is not available

“Tahniah animasi Monsta. Terbaik”

image is not available