
Cyberjaya, 9 Disember 2022 — Hebat! Filem yang paling menjadi sebutan ketika ini, Mechamato Movie dari Monsta Studio – telah mendapat kutipan sebanyak RM1.1 juta pada hari pertama tayangannya di Malaysia dan Brunei bermula semalam.
“Syukur, Alhamdulillah! Berkat sokongan rakyat Malaysia, Mechamato Movie berjaya mengutip lebih RM1 juta di hari pembukaan tayangan di seluruh negara. Terima kasih pada yang sudah menonton dan yang bakal menonton #MechamatoMovie ,” kata penulis dan penerbit filem Mechamato Movie, Nizam Abd Razak di laman rasmi Facebooknya hari ini. [ Facebook Nizam Abd Razak ]
Astro Shaw sebagai penerbit bersama dan pengedar mempunyai kepercayaan tinggi terhadap produksi animasi tempatan seperti Monsta. Mereka berkata jenama ini mempunyai kredibiliti dan rekod yang baik dalam membawa nama Malaysia ke peringkat global.
Mechamato adalah produk terbaru dari Monsta yang pernah menjadi ‘TOP 3’ di Tokyo Anime Festival Awards 2023 Japan. Filem terulungnya Mechamato Movie kini boleh ditonton di pawagam seluruh Malaysia dan Indonesia.
The post Mechamato Movie Mendapat Kutipan Melebihi RM 1 Juta Pada Hari Pertama Tayangan Di Pawagam Seluruh Negara appeared first on Siakap Keli.


