MEDAC sasar tambah 500 lagi Coopmart

25 Jun 2022 • 3:30 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyasarkan untuk menambah lebih 500 Coopmart bagi membolehkan barangan lebih murah dijual kepada ahli koperasi dan orang ramai.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Muslimin Yahaya berkata ketika ini terdapat kira-kira 400 Coopmart yang sedang beroperasi di seluruh negara.

“Koperasi sangat signifikan dengan Coopmart kerana menjual barangan pada harga lebih rendah daripada pasaran biasa.

“Kita sasarkan koperasi yang ada kemampuan untuk kita bina rangkaian kedai Coopmart seterusnya menawarkan kepada ahli dan rakyat harga lebih murah,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2022 Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.

Perasmian itu dilakukan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Kelantan Saiful Adli Abu Bakar.-Bernama