Media Antrabangsa Pertikai Penalti JDT, Cadang Liga Malaysia Guna VAR

5 Sep 2022 • 4:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Media Antrabangsa Pertikai Penalti JDT, Cadang Liga Malaysia Guna VAR

Perlawanan Liga Super antara Selangor FC menentang Johor Darul Ta’zim baru-baru ini bukan sahaja telah mendapat perhatian daripada para peminat dan pengkritik bola sepak tempatan malahan turut mendapat perhatian media antarabangsa.

Salah satu darinya adalah BBC Sports. Namun begitu, bukan kualiti permainan atau pun gol cantik yang dihasilkan menarik perhatian media tersebut.

Akan tetapi berkenaan keputusan pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria yang memberikan sepakan penalti kepada pasukan Johor Darul Ta’zim.

BBC Sport menerusi laman Facebook, turut memuat naik video pendek insiden yang menyebabkan penalti tersebut diberikan.

Dalam perkongsian tersebut, BBC Sports telah memberikan cadangan agar Liga Super menggunakan video bantuan pengadil (VAR).

Video yang dimuat naik BBC Sports itu memaparkan insiden yang dikatakan kekasaran dilakukan pemain Selangor, Yazan Al-Arab ke atas Arif Aiman yang menyebabkan JDT memperoleh sepakan penalti.

Menerusi video yang dikongsikan, terdapat pelbagai komen dan reaksi daripada peminat bola sepak seluruh dunia yang bercanggah pendapat tentang keputusan pengadil yang memberikan sepakan penalti terhadap JDT.

image is not available
Gambar : Facebook

image is not available

image is not available

image is not available

Sumber : Sinar Harian