Media Indonesia Dakwa Jurulatih Garuda Muda ‘Senasib’ Dengan Kim Pan-gon

19 Nov 2024 • 10:06 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Media Indonesia Dakwa Jurulatih Garuda Muda ‘Senasib’ Dengan Kim Pan-gon

Pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia akur ‘dibelasah’ Jepun dalam perlawanan kelima Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Kemenangan Jepun 4-0 ke atas Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), Jakarta telah mencetuskan kritikan pedas terhadap jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong.

Menurut media Indonesia, banyak pihak yang beranggapan bahawa Tae-yong ‘senasib’ dengan bekas jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon.

Hal ini berlaku kerana mereka mendakwa Pan-gon turut dikritik hebat selepas skuad Harimau Malaya mengalami kekalahan besar dalam perlawanan penting.

Shin kini berdepan tekanan besar berikutan harapan tinggi penyokong terhadap skuad Garuda Muda.

Menjawab kritikan yang diterimanya, Tae-yong, 54, mengakui bahawa tekanan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya.

Beliau memahami bahawa masyarakat Indonesia sangat mencintai bola sepak, menyebabkan setiap kemenangan atau kekalahan mendapat perhatian meluas.

Tambah beliau, kritikan bukan sesuatu yang boleh dielakkan, namun ia juga menjadi motivasi untuk terus memperbaiki pasukan.

“Di posisi ini, saya tidak boleh hanya mendengar berita baik saja. Ketika hasil tidak memuaskan, saya perlu mendengar keluhan penyokong, menilai diri dan mencari punca masalah pasukan,” katanya.

Tae-yong juga berharap anak buahnya mampu bangkit dan memberikan persembahan terbaik, termasuk dalam perlawanan menentang Arab Saudi yang dijadualkan berlangsung di SUGBK pada 19 November (hari ini).

Dalam pada itu, Tae-yong menekankan bahawa perkembangan bola sepak memerlukan masa dan tidak boleh dicapai secara serta-merta.

Beliau meminta para penyokong untuk bersabar dan memberi sokongan berterusan kepada pasukan.

Sebagai jurulatih asal Korea Selatan, Tae-yong berjanji akan terus memberikan yang terbaik untuk memastikan Indonesia mencapai sasaran untuk layak ke pentas dunia.

“Meskipun saya bukan orang Indonesia, saya akan berusaha semaksimal mungkin untuk membawa Timnas Indonesia mencapai hasil terbaik.

“Jika tidak lolos ke Piala Dunia, mungkin kita perlu mengakui masih ada kekurangan, tetapi progres sudah terlihat,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved