Media rakan strategik penting SPRM perangi rasuah

LocalPolitics
20 Sep 2026 • 1:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Media rakan strategik penting SPRM perangi rasuah

KAJANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh bergerak bersendirian dalam usaha membanteras rasuah dan memerlukan media sebagai antara rakan strategik penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, peranan media semakin signifikan dalam era digital apabila penyebaran maklumat berlaku dengan begitu pantas.

Menurutnya, masyarakat bukan sahaja memerlukan maklumat dengan cepat, malah lebih penting ia perlu sahih, benar, tepat dan disampaikan secara bertanggungjawab.

“Justeru, saya amat berharap hubungan baik antara SPRM dan media dapat terus diperkukuhkan, khususnya dalam memastikan isu-isu berkaitan rasuah dilaporkan secara profesional, beretika dan berintegriti.

“Dalam konteks kewartawanan, integriti menjadi asas kepada kepercayaan masyarakat. Setiap berita yang disampaikan mempunyai kesan terhadap persepsi awam, reputasi individu dan organisasi, malah boleh mempengaruhi keyakinan masyarakat terhadap institusi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada prm

Abdul Halim berkata, SPRM sentiasa komited memastikan maklumat berkaitan tindakan dan usaha membanteras rasuah disampaikan dengan sewajarnya kepada masyarakat.

“Kita mahu masyarakat memahami bahawa perjuangan menentang rasuah bukan semata-mata mengenai tangkapan, pendakwaan atau hukuman.

“Ia juga berkaitan pencegahan, pendidikan, kesedaran dan pembudayaan nilai integriti dalam kehidupan seharian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, program menembak berkenaan bukan sekadar aktiviti riadah atau medan menguji ketepatan sasaran, sebaliknya menjadi platform mengeratkan hubungan, meningkatkan persefahaman serta membina kepercayaan antara SPRM dan pengamal media.

Program itu turut menjadi sebahagian daripada pengisian sempena Sambutan Ulang Tahun SPRM Ke-59 yang akan disambut pada 1 Oktober depan.

Menurut Abdul Halim, aktiviti tersebut turut memberi peluang kepada pengamal media merasai sendiri aspek ketelitian, disiplin, fokus, kawalan emosi dan ketepatan yang diperlukan pegawai SPRM ketika melaksanakan tugasan.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan sebagai usaha berterusan untuk membina hubungan lebih kukuh antara SPRM dan pihak media.

Sementara itu, dalam acara ketepatan individu, wartawan Utusan Malaysia, Nuraina Hanis Abd Halim berjaya meraih tempat keempat selepas bersaing dengan 95 pengamal media dan pegawai SPRM lain yang menyertai pertandingan berkenaan.- KOSMO! ONLINE

The post Media rakan strategik penting SPRM perangi rasuah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved