Media Sosial Ira Kazar Dipenuhi Kata Semangat, Simpati Netizen

LocalEntertainment
20 Aug 2024 • 1:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kejutan demi kejutan dihadapi media hiburan tempatan sejak semalam apabila pengarah terkenal Syamsul Yusof telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar setelah hampir dua tahun bernikah.

Berikutan itu, laman media sosial milik Ira menjadi tumpuan setelah wanita itu dilihat turut mengemas kini Instagram miliknya sejak setahun yang lalu.

Menerusi hantaran foto Ira yang terbaru, terlihat netizen tampil ‘menyinggah’ dan meninggalkan komen-komen berbaur sokongan buat wanita itu susulan berita perceraian itu.

Pesan netizen, mereka berharap agar Ira terus kuat dan tabah menghadapi ujian kehidupan setelah diceraikan Syamsul Yusof.

Belajar dari kesilapan yg lepas, kuatkan semangat, bangkit semula, inshallah hidup ira lebih baik akan dtg, org pun akan syg.. semua manusia pernah silap tapi ira masih ada peluang perbaiki mana yang silap. Ira masih muda. – netizen

Terdahulu, peguam syarie mewakili Syamsul Yusof iaitu Azmi Rais mengesahkan anak guamnya itu telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kaza di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Timur Selangor semalam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

Sah..Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin