Media watak penting rai roh demokrasi negara: Anwar

LocalPolitics
21 Dec 2024 • 8:12 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai peranan media sebagai watak penting dalam meraikan roh demokrasi yang bermakna di negara ini.

Perdana Menteri berkata, media berperanan penting dalam memberi kritikan, teguran, pandangan selain ulasan dan pencerahan.

“Dalam kesempatan yang ada hari ini, saya bertemu pengamal media tempatan dan luar negara bagi menyampaikan perkembangan terkini hala tuju negara terkait polisi kerajaan, pelbagai isu semasa dan masa depan negara.

“Sesi ini penting supaya penjelasan dan maklumat dapat diberikan khususnya terkait prestasi jemaah menteri, basmi kemiskinan tegar, dasar luar dan ekonomi negara di tengah-tengah perubahan dinamik global, isu serantau dan kebangkitan Asean.

“Saya turut ditanya mengenai industri minyak dan gas negara yang memerlukan kerjasama semua pihak agar saling menyokong untuk berkembang ke tahap lebih maju lagi di masa hadapan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan sidang media khas bersama kira-kira 100 wartawan tempatan dan antarabangsa di Subang hari ini.

Selain itu Perdan Menteri turut berharap sesi terbabit memberi manfaat kepada semua dan dapat dijayakan lagi kelak.

“Agar halatuju, polisi kerajaan, isu semasa dan lain-lain lagi diberikan kesedaran serta pencerahan sewajarnya,” katanya. - 21 Disember, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved