MediaTek Akan Memperkenalkan Cip Dimensity Baharu Pada 23 Disember 2024

TechnologyDigital
18 Dec 2024 • 11:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mediatek secara rasminya mengesahkan tarikh pelancaran cip Dimensity baharunya pada 23 Disember 2024. MediaTek tidak mendedahkan nama cip yang akan diumumkan namun kita boleh menjangkakan kemunculan untuk Dimensity 8400. Malah maklumat-maklumat tertiris yang dikongsi sebelum ni turu menguatkan spekulasi cip berkenaan bakal muncul tidak lama lagi.

image is not available

Antara yang telah diperkatakan adalah cip Dimensity akan menjadi cip berasaskan 4nm dengan konfigurasi 1+3+4 serta GPU Immortalis-G720 MC7. Ia juga dikatakan telah menjaringkan lebih 1.8 juta mata dalam penanda aras Antutu. Redmi dikatakan boleh menjadi antara pengeluar terawal yang menggunakan cip berkenaan.